Fulldive : Peranti Realiti Maya Mampu Milik Sekitar RM 100 Sepasang

Fulldive : Peranti Realiti Maya Mampu Milik Sekitar RM 100 Sepasang

Diterbitkan pada June 2, 2015 oleh .

Buat masa sekarang peranti maya paling mampu milik ialah Google Cardboard. Kami ada beberapa pasang peranti maya yang diperbuat daripada kadbod ini di pejabat dan menyedari ianya tidak tahan lasak. Selepas berpuluh kali penggunaan ia akan mula sumbing dan pelekap tercabut. Untuk penggunaan jangka panjang Google Cardboard bukanlah peranti maya yang anda mahukan. Malang sekali peranti Maya lain seperti Samsung Gear VR adalah terlalu mahal sekitar $240 sepasang.

Fulldive-1

Fulldive ialah peranti maya yang mempunyai binaan tahan lasak pada harga mampu milik iaitu 4$29 sepasang. Ia diperbuat daripada bahan neoprene dan busa polyurethane. Ia menyokong peranti iOS dan juga Android sama seperti Google Cardboard terkini. Dengan harga $29 anda mendapat kaca mata realiti maya dan juga alat pengawal maya yang berbentuk seperti sebuah pen. Pen ini boleh digunakan untik berinteraksi dengan elemen yang dilihat melalui kaca mata maya. Penggunaan peranti realiti maya akan semakin berkembang di masa hadapan.

Google sudahpun menunjukkan penggunaannya dalam bidang pendidikan. Oleh itu peranti realiti maya yang mampu milik seperti Fulldive adalah perlu bagi memastikan tidak wujud jurang di antara pelajar miskin dan kaya untuk mendapat tahap pendidikan yang setaraf.

Fulldive-2


TIPS & ULASAN