Carian
In Win H Tower – Menara Komputer Mampu Berubah Seperti Tranformers
June 2, 2015 Effi Saharudin

In-Win-H-Tower-1

Apabila membeli menara komputer faktor berat, akses kepada komponen dan jumlah sambungan peranti adalah tiga perkara yang kami utamakan. Apabila komputer mengalami kerosakan akses kepada komponen yang mudah mengurangkan masa yang diambil untuk menukar komponen masalah. Kebanyakan menara komputer mempunyai pintu pada bahagian sisi. Menara perlu dicondongkan ke bahagian sisi di atas lantai sebelum proses membaiki boleh dilakukan.

Pengeluar menara komputer In Win nampaknya mempunyai idea yang lebih baik kepada masalah ini. Menara H Tower terkini mereka boleh berubah bentuk dan memberi akses tanpa had kepada komponen komputer dengan hanya menekan sebuah butang. “Dinding” menara akan melipat dan terbuka seperti sebuah robot Transformers dan komponen utama akan terkeluar secara automatik. Walaupun sudah terbuka komputer masih boleh berfungsi seperti biasa.

In-Win-H-Tower-2

Menara komputer diperlihatkan di reruai Asus semalam dan adalah aksesori yang boleh digunakan bersama produk Republic Of Gamers keluaran Asus. H Tower mempunyai 4 sambungan USB 3.1 ( 1 USB-C, 3 USB-B) dan sistem lampu terbina. Tahap keterangan lampu terbina ini pula boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Dari segi ruang ia menyokong motherboard E-ATX, ATX dan Mikro ATX. Terdapat 8 slot untuk PCI-E dan sumber kuasa sebesar 230 mm. Sistem penyejukan cecair juga boleh digunakan di dalam menara ini tanpa masalah.

Ini bukan kali pertama menara komputer boleh ubah diperlihatkan. Pada tahun 2012 Asus ada memperlihatkan menara ROG Tytan CG8890 yang akan terbuka dengan sendiri apabila butang overclock ditekan. Secara automatik kipas tambahan akan muncul pada sisi menara bagi memberikan pengudaraan lebih berkuasa untuk menyejukkan komponen komputer.

Komen