Meizu selepas hadir dengan beberapa teaser peranti baru sebelum ini, hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, serta kemaskini kepada keluarga M1 Note sebelum ini – iaitu Meizu M2 Note.
Meizu M2 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci denga paparan HD penuh, serta dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek lapan-teras 1.3Ghz, memori 2GB RAM. Peranti ini turut menyertakan bateri berkapasiti 3100mAh – sedikit kecil berbanding Meizu M1 Note sebelum ini.
Untuk rakaman gambar, Meizu menyertakan kamera belakang 13-megapixel menggunakan sensor daripada Samsung, serta kamera hadapan 5-megapixel untuk rakaman selfie. Seperti sebelum ini, ia turut hadir dengan beberapa pilihan warna dan menggunakan binaan kerangka berasaskan polikarbonat supaya dapat mengekalkan kosnya pada harga rendah.
Meizu M2 Note hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dimana ia ditawarkan pada harga CNY799 (~RM476). Memandangkan Meizu pernah menawarkan Meizu M1 Note di Malaysia sebelum ini, tidak mustahil untuk kita melihat versi baru ini turut memasuki pasaran tempatan.