Cari @ Amanz

Setiap hari semakin banyak peranti storan yang menyokong USB 3.0 diperkenalkan bersesuaian dengan pengenalan peranti yang menyokong sambungan tersebut. Pada hari ini SanDisk di acara Computex 2015 telahpun memperkenalkan dua pemacu kilat (flash drive) terkecil yang mempunyai kapasiti storan terbesar untuk storan mudah alih dengan sokongan USB 3.0

Pemacu kilat pertama yang diperkenalkan adalah 128GB SanDisk Ultra Fit USB 3.0 yang mempunyai saiz sebesar saiz kuku. Jika anda biasa menggunakan tetikus dengan sambungan USB tanpa wayar yang tidak perlu ditanggalkan, ia mempunyai saiz sepertinya, dimana pengguna hanya perlu mencucuk dan membiarkannya tersambung. Malah jika dilihat dari gambar rekaannya diatas, sekiranya anda memasukkannya ke palam USB 3.0, anda hanya akan dapat melihat penutup hitam dan tulisan SanDisk sahaja. Pemacu sebegini semestinya diperlukan oleh mereka yang mempunyai netbook ataupun laptop dengan kapasiti storan terhad terutamanya yang menggunakan SSD atau Flash-based seperti siri MacBook.

337204_SanDisk_Ultra_CZ48_angle_up_open_Low-res

Satu lagi pemacu kilat yang diperkenalkan adalah 256GB SanDisk Ultra USB 3.0, yang mempunyai bentuk yang biasa kita lihat memudahkan pemindahan fail diantara peranti. Ia mempunyai saiz yang besar berbanding SanDisk Ultra Fit, dan boleh memuatkan lebih banyak kandungan berkat dari kapasiti storan yang tersedia. Turut didatangkan dengan USB 3.0, pemindahan fail boleh dilakukan sehingga 100MB per saat.

Kedua-dua peranti ini turut didatangkan dengan jaminan selama lima tahun termasuk perisian SanDisk SecureAccess yang mempunyai fungsi penyulitan 128-bit dan juga langganan setahun perisian RescuePRO bagi mengembalikan fail yang rosak atau hilang. Pemacu kilat 128GB SanDisk Ultra Fit USB 3.0 dijual pada sekitar USD 119.99 ( ~RM 443  ) manakala pemacu kilat 256GB SanDisk Ultra USB 3.0 dijual pada harga USD 199.99 (~ RM 739 ). Mungkin tak lama lagi kita bakal melihat pemacu kilat ini untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd