Viber Memperkenalkan Pelekat Khusus – Hai Malaysia

Viber Memperkenalkan Pelekat Khusus – Hai Malaysia

Diterbitkan pada June 2, 2015 oleh .

Pelekat ataupun ‘Stickers’ merupakan salah satu elemen yang menarik didalam sebarang platform permesejan. Jika dahulu pada perisian Yahoo Messenger anda boleh menekan kekunci Ctrl+G untuk menghasilkan emosi pohon bergegar, ciuman pada skrin bisa menggugat jiwa, kini dengan emoji dan sticker turut menceriakan ruang sembang digital anda. Pada hari ini Viber telahpun melancarkan pek pelekat pertama dengan elemen tempatan bernama ‘Hai Malaysia’.

Seperti pelekat Viber yang lain, pelekat ‘Hai Malaysia’ menampilkan karekter yang tidak asing dengan Viber dan menariknya mereka menggunakan slanga yang popular dalam perbualan rakyat tempatan. Dialog yang sinonim dengan masyarakat tempatan seperti ‘Rilek la’, ‘Tapau’, dan ‘Ok Boss’ turut diselitkan. Malah turut terdapat lokasi popular seperti KLCC dan juga situasi kesesakan trafik turut dimuatkan pada pelekat ini.

screenshot_419

Pihak Viber Malaysia turut berkongsi yang ini hanyalah permulaan untuk pek pelekat tempatan dan pada masa akan datang lebih banyak lagi pelekat yang akan dikeluarkan. Bagi mendapatkan pelekat ini, ia boleh dimuat-turun secara percuma dari Viber Sticker Market dan seperti biasa anda perlu mempunyai aplikasi permesejan Viber sama ada untuk telefon pintar anda mahupun pada komputer anda.

Ikuti Amanz di Viber Public Chat

Muat-Turun Viber untuk iOS

Muat-Turun Viber untuk Android

Muat-Turun Viber untuk Desktop (Windows, Mac, Linux)

Muat-Turun Viber untuk Chromebook


TIPS & ULASAN