Microsoft Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Tugasan Popular, Wunderlist

Microsoft Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Tugasan Popular, Wunderlist

Diterbitkan pada June 3, 2015 oleh .

Terdapat sejumlah aplikasi berbentuk to-do list di pasaran pada hari ini, dan salah satu yang popular dan ditawarkan untuk pelbagai platform adalah Wunderlist. Selepas pelbagai desas-desus mengatakan Microsoft akan mengambil-alihnya sebelum ini, hari ini Microsoft secara rasminya membuat pengumuman berkaitan dengannya.

Wunderlist

Wunderlist kini digunakan oleh lebih 13 juta pelanggan, dan sedia diperkatakan ramai sebagai aplikasi tugasan popular di pasaran. Seperti sebelum pengambil-alihan ini, Wunderlist akan berfungsi seperti biasa, dimana ia akan ditawarkan secara percuma – selain penawaran langganan Wunderlist Pro dan juga Wunderlist Business.

Microsoft sebelum ini telah mengintegrasikan fungsi Wunderlist pada Sunrise dengan lebih mendalam, dan dengan pengambil-alihan ini, kita akan dapat melihat ia lebih diintegrasikan secara mendalam dalam aplikasi produktiviti, termasuk seperti OneNote, Skype, Office dan sebagainya.

Microsoft tidak mengumumkan harga pengambil-alihan untuk syarikat disebalik Wunderlist ini.


TIPS & ULASAN