E3 (Electronic Entertainment Expo) merupakan salah satu acara terkemuka dunia memfokuskan kepada dunia gaming, dimana pelbagai permainan baru akan diumumkan ketika acara berkenaan. Untuk tahun ini, ia bakal diadakan bermula 14 Jun ini, dan buat julung kalinya, pelbagai pengumuman siaran langsung akan disusun oleh YouTube pada hab khusus bersempena E3.
Melalui hab khusus berkenaan, para peminat permainan video boleh mengikuti siaran langsung yang sedang berlaku, selain turut melihat trailer-trailer untuk permainan yang diumumkan ketika acara berkenaan. YouTube juga turut mengatakan hab berkenaan akan turut meliputi pelbagai kandungan lain termasuk seperti perbincangan, reaksi orang berkenaan pengumuman dan sebagainya.
Dengan pengenalan hab khusus E3 ini, YouTube secara tidak langsung cuba menarik para pengguna dan peminat permainan video ke platform mereka. Tetapi, pada masa yang sama juga, ia memudahkan para peminat dunia gaming untuk mengikuti pelbagai pengumuman pada satu halaman dengan mudah.
Bagi anda yang berminat, nantikan 14 Jun ini untuk pelancaran hab khusus E3 2015 di YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=ismqhufUg1w