Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge sudahpun mempunyai binaan premium berbanding peranti keluaran Samsung sebelum ini. Panel belakang kaca dengan kemasan warna yang unik menjadikannya peranti dengan rekaan paling cantik di pasaran sekarang. Adalah agak merugikan sekiranya kecantikan binaan peranti ini disorokkan dengan penggunaan cangkerang.
Menyedari hakikat ini Samsung bekerjasama dengan enam syarikat dan pereka jenama mewah bagi menghasilkan cangkerang premium untuk peranti premium mereka. Enam cangkerang untuk S6 dan S6 Edge ini direka oleh Swarovski, Montblanc, Romero Britto, Rebecca Minkoff dan Burton. Cangkerang Swarovski sebagai contoh dipenuhi kristal berkualiti tinggi. Mont Blanc pula menghasilkan cangkerang yang diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi.
Jika anda berminat dengan cangkerang eksklusif ini, anda boleh membelinya melalui aplikasi khas Samsung Galaxy S6 Accessories . Kini anda boleh memadankan peranti premium anda dengan cangkerang yang mempunyai kualiti binaan yang setanding.
- Muat Turun
- Muat turn Samsung Galaxy S6 Accessories