Lagi Gambar Samsung Galaxy S6 Active Tertiris

Lagi Gambar Samsung Galaxy S6 Active Tertiris

Diterbitkan pada June 3, 2015 oleh .

Pada bulan lepas, kita telah dapat melihat gambar untuk produk fizikal Galaxy S6 Active yang masih tidak diumumkan tertiris. Hari ini, gambar berbentuk grafik turut tertiris ke arena web, memperlihatkan dengan lebih jelas berkenaan rekaan yang akan dibawakan oleh peranti tahan lasak daripada Samsung berkenaan.

Samsung Galaxy S6 Active

Keluarga Galaxy S6 Active ini dijangka memfokuskan kepada ketahanan air dan debu – sesuai untuk digunakan pada beberapa keadaan kerja. Melalui gambar tertiris, ia menyertakan logo syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat – sekaligus membuatkan persoalan tertimbul sama ada ia akan dilancarkan pada peringkat global ataupun hanya untuk Amerika Syarikat sahaja.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Galaxy S6 Active ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.1-inci dengan paparan QHD, selain dijana menggunakan cip Exynos, serta memori 3GB RAM.Ia turut dijangka menyertakan sensor untuk memantau kadar denyutan jantung, selain kamera belakang 16-megapixel.

Sehingga kini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkannya secara rasmi.


TIPS & ULASAN