Block – Jam PintarModular Bakal Menggunakan Sistem Operasi Android Lollipop

Diterbitkan pada Jun 3, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mac lalu ada kami laporkan konsep jam pintar Blocks dengan rekaan modular seperti projek ara. Kesemua bahagian jam boleh dikustomasi mengikut keperluan pemakai. Sebagai contoh bahagian bateri, modul kamera dan pengesan nadi boleh disambungkan menjadi tali jam tangan. Terdapat juga pilihan skrin bulat ataupun empat segi. Hari ini pengeluar Blocks mengumumkan sistem operasi dan spesifikasi jam tangan pinta modular ini. Pemproses Snapdragon 400 akan memperkasakannya dan sistem operasi Android Lollipop akan digunakan. Android Wear tidak digunakan kerana pengeluar mahu jam tangan ini mempunyai keupayaan melakukan panggilan telefon tanpa perlu ditambat kepada peranti lain.

Kepada yang berminat tempahan Blocks akan mula dilakukan bulan ini melalui laman Kickstarter. Penggunaan Android Lollipop pasti akan membuatkan lebih banyak aplikasi dapat digunakan pada jam tangan ini. Sungguhpun begitu jangka hayat bateri pula pasti akan mengalami pengurangan yang mendadak berbanding Android Wear.

blocks-watch-designboom-01-818x471

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami