Selain penawaran telefon pintar terbaru, Huawei P7, hari ini, Huawei Malaysia turut sama mengumumkan penawaran salah satu tablet mampu milik terbaru mereka, iaitu Huawei Mediapad T1 dengan skrin bersaiz 7-inci.
Melalui apa yang dikongsikan pihak Huawei, Mediapad T1 ini membawakan skrin bersaiz 7-inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras daripada Qualcomm. Tablet ini membawakan ruangan storan 8GB dan dilihat lebih memfokuskan kepada menikmati kandungan menggunakannya.
Huawei mengatakan bateri berkapasiti 4800mAh yang disertakan pada tablet ini boleh digunakan selama 12 jam lamanya.
Tablet ini akan dijual di Malaysia pada harga RM649 dan boleh didapati daripada para pengedar Huawei di Malaysia bermula minggu ini.