Cari @ Amanz

Huawei semalam telah mengumumkan dua telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei P8 dan juga Huawei P8 Lite. Perkara ini sekaligus menjadikan ramai tertanya-tanya berkenaan bagaimanakah penawaran Huawei P8 Max untuk pasaran Malaysia.

Bercakap mengenainya, pihak Huawei mengatakan mereka tiada sebarang perancangan untuk membawa masuk Huawei P8 Max buat masa ini. Huawei akan lebih memfokuskan kepada pemasaran Huawei P8 bagi tempoh terdekat ini.

Huawei Henry

Huawei P8 Max sebelum ini telah diperkenalkan pada bulan April yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 6-inci, serta membawakan beberapa ciri-ciri khusus termasuk sokongan paparan secara melintang bagi skrin utama.

Jadi, bagi anda yang menantikan phablet daripada pihak Huawei untuk masa terdekat ini, mungkin boleh dapatkan Ascend Mate 7, ataupun selain daripadanya, mungkin boleh nantikan Ascend Mate 8 yang dijangka hadir sekitar bulan September kelak.

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

Huawei P8 Max

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd