Nokia 105 telah diperkenalkan awalnya lebih kurang dua tahun yang lepas. Kini, hari ini Microsoft secara rasminya memperkenalkan kemaskini untuk keluarga peranti berkenaan, dimana mengekalkan nama yang sama, tetapi membawakan beberapa pembaharuan baru.
Microsoft dalam pengenalannya mengatakan Nokia 105 ini ditujukan kepada mereka yang sering mengembara, dimana melalui Nokia 105 ia menawarkan ruangan simpanan lebih 2000 nama pada buku alamat, dan menawarkan masa bertahan bateri yang sangat lama. Microsoft mengatakan ia menyertakan bateri yang bertahan sehingga 35 hari lamanya dengan sekali pengecasan.
Nokia 105 ini hadir dengan sistem operasi berasaskan Series 30+, dan skrin berwarna bersai 1.45-inci. Microsoft turut akan menawarkan variasi dwi-SIM untuk Nokia 105 yang membolehkan pengguna menggunakan dua SIM melaluinya.
Dari segi harga, Nokia 105 akan berharga sekitar USD$20 (sekitar RM75) di beberapa negara terpilih.
https://www.youtube.com/watch?v=f77dxCJxDoQ