Cari @ Amanz

Acer pada acara di New York bulan lepas telah pun sedia mengumumkan keluarga peranti memfokuskan multimedia dan juga gaming, iaitu Acer Predator. Ketika itu, sebuah tablet telah dipertontonkan, dan sekali lagi kini bersempena dengan Computex 2015, ia turut diperlihatkan.

Acer Predtator 8

Acer Predator 8 ini menjalankan cip pemprosesan Intel Atom x7 – lebih kurang sama seperti yang terdapat pada Surface 3 daripada Microsoft. Memandangkan ia menggunakan platform Android, maka sekaligus membolehkan pengguna memainkan pelbagai jenis permainan menarik pada tablet bersaiz 8-inci ini.

Acer Predator 8 ini juga turut membawakan rekaan yang agak menarik dan premium – khusus memfokuskan kepada para gamers. Tablet ini turut menyertakan mod yang dioptimasikan untuk paparan secara melintang – memandangkan kebanyakkan permainan video dimainkan secara landskap. Beberapa ciri-ciri khusus seperti haptic-feedback dijangka akan ditambah pada tablet ini.

Acer masih belum memberikan masa bilakah ia akan dipasarkan, mahupun harga jualannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd