Dell XPS 15 Dengan Bezel Nipis, Serta Menggunakan Windows 10 Diperlihatkan

Dell XPS 15 Dengan Bezel Nipis, Serta Menggunakan Windows 10 Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 3, 2015 oleh .

Dell pada awal tahun ini telah memperkenalkan Dell XPS 13 dengan rekaan bahagian tepi yang amat nipis. Ia sejak daripada pengenalannya telah menjadi salah satu pilihan komputer riba popular dikalangan pengguna, selain membawakan rekaan yang amat menarik. Terkini, bagi mereka yang memerlukan skrin yang bersaiz lebih besar, Dell turut memperlihatkan Dell XPS 15 dengan skrin bersaiz 15-inci.

Dell XPS 15

Seperti versi 13-inci, ia membawakan skrin dengan bahagian tepi yang amat nipis. Perkara ini turut membawakan beberapa perubahan pada reka-letak komponen, dan salah satunya adalah webcam. Webcam diposisikan pada bahagian bawah skrin, tetapi tiada masalah ketika menggunakannya.

Komputer riba ini tidak diumumkan oleh Dell, sebaliknya dipertontonkan oleh Microsoft bersempena dengan Computex 2015. Dell XPS 15 kelak akan menjadi antara komputer riba terawal di pasaran yang menggunakan Windows 10 kelak.

Seperti biasa, tarikh jualan dan harga jualannya masih tidak diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN