Trailer Fallout 4 Diperlihatkan : Akan Hadir Pada PlayStation 4, Xbox One & PC
Artikel Berkaitan

Trailer Fallout 4 Diperlihatkan : Akan Hadir Pada PlayStation 4, Xbox One & PC

Diterbitkan pada June 3, 2015 oleh .

Siri permainan Fallout ialah siri permainan yang sangat popular di kalangan peminat RPG. Di dalam dunia Fallout jutaan manusia terkorban akibat serangan nuklear negara China. Sejak muncul pada tahun 1997 jutaan permainan ini berjaya dijual dengan Fallout 3 dikira sebagai sekuel terbaik dengan purata markah ulasan sebanyak 93%. Setelah menanti selama empat tahun akhirnya Fallout 4 diumumkan secara rasmi hari ini dan dibangunkan oleh Bathesda Game Studios, yang turut membangunkan Fallout 3.  Sebelum ini Fallout New Vegas yang muncul pada tahun 2010 dibangunkan oleh Obsidian Entertaintment.

Fallout 4 akan hadir pada PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One. Tiada tarikh bilakah ia akan menemui peminat tetapi kami menjangkakan ini hanya akan diumumkan pada Expo E3 minggu hadapan. Fallout adalah permainan yang paling kami minati dah sudah terpasang pada PC kerja kami sejak 4 tahun yang lalu. Sehingga sekarang kami gemar menghabiskan masa mengumpul tudung botol, membunuh mutan dengan Gattling Laser, bersahabat dengan Ghouls dan mengeringkan dahaga dengan Nuka Cola. Tidak sabar untuk kembali ke Wasteland dan menghabiskan ratusan jam di dunia pasca peperangan nuklear sekali lagi.


TIPS & ULASAN