Cari @ Amanz

Perkhidmatan Penstriman Muzik Tidal Memperkenalkan Aplikasi Desktop Untuk Windows Dan Mac

Oleh Aman

Link Copied!

Tidal telah memulakan perkhidmatan mereka secara rasminya di Malaysia beberapa minggu yang lepas, dimana melaluinya, Tidal menawarkan penstriman muzik pada kualiti yang tinggi, sesuai untuk mereka yang mementingkan kualiti audio yang didengar mereka.

Tidal seperti perkhidmatan Spotify, menawarkan langganan pada kadar RM14.90 sebulan untuk kualiti penstriman biasa, sementara mengenakan caj sebanyak RM24.90 untuk kualiti HiFi. Tidal memfokuskan kepada kualiti lossless, dan turut menekankan penawaran muzik video melalui perkhidmatan mereka.

Sebelum ini, Tidal hanya terhad untuk aplikasi mudah-alih sahaja selain daripada versi web – dan hari ini mereka turut memperluaskan penawaran kepada pengguna desktop.

Hari ini, Tidal memperkenalkan perisian mereka untuk pengguna Windows dan Mac, sekaligus memudahkan lagi pengguna mendengar lagu dengan menggunakannya – tanpa perlu membuka Chrome seperti sebelum ini.

Perisian ini ditawarkan dalam bentuk beta terbuka buat masa ini, dan pengguna memerlukan sama ada sistem operasi Windows 7 dan terkini atau OS X 10.6 dan terkini untuk menggunakannya.

Muat-Turun Tidal untuk desktop

Komen ()