Cari @ Amanz

Intel sebelum ini telah memperkenalkan Intel Compute Stick untuk pasaran Malaysia yang menawarkan penawaran komputer bersaiz mini yang boleh dihubungkan ke sebarang skrin dengan mudah. Kini, dengan konsep teknologi sama, Asus turut memperkenalkan produk mereka yang dinamakan sebagai Pen Stick.

Asus Pen Stick ini hadir dengan saiz lebih kurang seperti modem USB jalur-lebar mudah-alih tetapi membawakan sistem perkomputeran penuh melaluinya.

Asus Pen Stick

Asus Pen Stick ini menggunakan cip pemprosesan Intel Cherry Trail (keluarga Intel Atom terbaru), dan membawakan sistem operasi Windows 10 melaluinya. Ia boleh dihubungkan kepada skrin dengan penyambung HDMI, serta menggunakannya sebagai komputer. Asus Pen Stick juga turut dilengkapi dengan ruangan port mikro-USB, slot kad-SD, serta dua port USB.

Asus Pen Stick menawarkan ruangan storan bersaiz 32GB, memori 2GB RAM dan seperti biasa turut menyokong rangkaian WiFi dan Bluetooth.

Asus menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar suku ke-4 tahun ini, dan dijangka akan ditawarkan pada harga lebih kurang sama seperti Intel Compute Stick.

Asus Pen Stick

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd