Kingston Memperkenalkan MicroDuo 3C – Pemacu Storan USB Dengan Sokongan USB Type-C Dan Type-A

Kingston Memperkenalkan MicroDuo 3C – Pemacu Storan USB Dengan Sokongan USB Type-C Dan Type-A

Diterbitkan pada June 4, 2015 oleh .

Pada tahun ini, fokus ramai pengeluar beralih kepada sokongan USB Type-C, dimana ia telah mula diintegrasikan pada beberapa peranti mudah-alih dan juga komputer riba. Kini, pengeluar pemacu storan USB terkemuka, Kingston turut tidak ketinggalan dan menyertai arena sama.

Kingston microDUO 3CMelalui produk terbaru mereka, Kingston MicroDuo 3C, Kingston menyertakan sokongan kedua-dua jenis USB pada pemacu tersebut, iaitu Type-A dan juga Type-C.

Pemacu USB jenis Type-A sedia digunakan dengan meluas pada pelbagai jenis komputer di pasaran pada hari ini, selain turut diintegrasikan pada televisyen, pencetak dan sebagainya. Sementara jenis Type-C adalah pemacu dengan saiz yang lebih kecil serta menawarkan kebolehan untuk menghubungkannya secara terbalik tanpa masalah. Buat masa ini, ia telah diintegrasikan pada beberapa komputer riba termasuk Chromebook terbaru Google, selain Apple Macbook 12-inci.

Dengan penyertaan kedua-dua sokongan jenis USB pada pemacu storan Kingston ini, ia sekaligus memudahkan pengguna menyimpan data mereka dan mengaksesnya pada sebarang komputer dengan mudah.

Kingston akan menawarkan pemacu ini dalam pilihan saiz storan 16GB, 32GB dan juga 64GB.

Tiada sebarang harga yang diumumkan buat masa ini, dan Kingston dijangka memasarkannya sekitar bulan Julai dengan tempoh jaminan sehingga 5 tahun.


TIPS & ULASAN