Third Eye – Sarung Tangan Pintar Memudahkan OKU Penglihatan Membeli Belah

Third Eye – Sarung Tangan Pintar Memudahkan OKU Penglihatan Membeli Belah

Diterbitkan pada June 4, 2015 oleh .

Pemintaran objek harian dan pembangunan peranti berhubung (IoT) akan memudahkan kehidupan kita di masa hadapan. Tetapi teknologi pintar ini pastinya akan memberikan impak yang lebih besar kepada golongan OKU. Penggunaan teknologi akan membolehkan mereka menjalani hidup dengan normal seperti kita semua. Antara masalah OKU penglihatan ialah membeli belah. Tidak ada satu produkpun di pasaran sekarang kami sedari mempunyai tulisan Braille bagi mereka mengetahui apa yang dibeli adalah produk yang mereka mahukan.

Third-Eye

Untuk menyelesaikan masalah ini Third Eye dibangunkan oleh Vijay Narayan seorang penyelidik sains komputer di Pennsylvania State University. Ia merupakan sarung tangan pintar yang membantu OKU penglihatan membeli belah di pasaraya. Pada sarung tangan ini terdapat kamera bagi melihat produk dan sistem timbal balas haptik bagi sebagai alat panduan pemakai. Sebelum membeli belah si pemakai akan menyenaraikan barangan yang ingin dibeli. Sistem Third Eye kemudian akan mengesan lokasi barangan dan arah perjalanan untuk mendapatkannya di dalam pasaraya. Sarung  tangan akan bergetar bagi mengarahkan pemakai ke rak yang mengandungi barangan yang dicari. Setibanya di rak, kamera terbina pada Third Eye akan mengesan produk menggunakan sistem pengenalan imej.

Third Eye masih lagi sebuah prototaip dan setakat ini baru mampu mengenali 82 produk di pasaraya. Masalah yang dialami dari segi perisian ialah bungkusan makanan yang kebanyakannya mempunyai rekaan yang serupa. Jika anda ke Tesco misalnya anda akan sedari barangan jenama Tesco mempunyai bungkusan seakan barangan yang lebih berjenama. Perisian pengenalan imej yang sedia ada masih belum cukup pintar untuk membezakan produk yang hampir seiras

blind-glove-shopping-640x426

Sarung tangan pintar Third Eye ialah antara barangan pintar yang dibangunkan untuk kegunaan OKU penglihatan. Di Universiti Birmingham City tongkat pintar XlpoR juga sedang dibangunkan yang membolehkan OKU penglihatan “melihat” teman mereka ketika berjalan. Bagaimana pula dengan universiti tempatan? Adakah ada projek untuk OKU yang sedang dibangunkan? Kongsikanlah maklumat bersama kami.


TIPS & ULASAN