Cari @ Amanz

Di dalam cerita sains fiksyen kerap dilihat cermin tingkap rumah boleh memaparkan maklumat terkini seperti cuaca dan berita. Samsung ada menunjukkan prototaip tingkap pintar beberapa tahun yang lalu tetapi ia tidak pernah dihasilkan secara komersial. Atmoph ialah tingkap pintar yang mempunyai fungsi yang serupa tetapi boleh anda miliki sekarang.

Atmoph Samrt Window

Atmoph ialah “tingkap pintar” yang boleh memaparkan pemandangan dari bandaraya seluruh dunia terus kedalam rumah anda. Ia mempunyai skrin 27″ HDPenuh, pemproses 1.5 GHz empat teras, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Atmoph boleh digantung pada dinding ataupun diletakkan di atas meja. Anda boleh memilih untuk melihat video dari beberapa bandaraya terkemuka dunia seperti London, Tokyo dan New York. Pada waktu yang sama bunyi dari lokasi yang dipilih distrim secara langsung untuk didengari oleh anda. Ia juga mampu menjadi jam loceng, memberitahu ramalan cuaca dan agenda harian anda.

Atmoph boleh dimiliki dalam empat pilihan warna dan dijual pada harga $399 sebuah. Ia menyokong platform Android dan iOS. Terdapat juga sokongan mengawal Atmoph menggunakan Apple Watch. Kini tidak perlu lagi melancong untuk menikmati pemandangan dan suasa di negara luar. Sesuai untuk manusia introvert seperti kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd