Cari @ Amanz

Samsung pada tahun ini dijangka memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, dengan rekaan yang lebih menarik serta skrin berbentuk bulat. Gergasi Korea Selatan berkenaan telah pun mula menawarkan SDK untuk pembangunan aplikasi untuk skrin berkenaan, dan kini gambaran awal jam tangan pintar berkenaan diperlihatkan.

Samsung Gear A

Melalui gambaran yang hadir ke internet, ia memperlihatkan rekaan jam tangan pintar Samsung yang membawakan bezel boleh diputarkan, selain tali berasaskan rekaan logam.

Seperti biasa, ini hanya sekadar gambaran awal sahaja, dan peranti daripada Samsung kelak berkemungkinan kelihatan jauh berbeza daripadanya.

Samsung dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Gear A mereka secara rasmi bersama-sama Galaxy Note baru pada bulan September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd