Carian
Xiaomei – Pensyarah Universiti Robot Pertama Dunia Diperlihatkan Di China
June 4, 2015 Effi Saharudin

Semalam kita melihat teknologi dron digunakan untuk mencegah penipuan ketika peperiksaan memasuki universiti di China. Hari ini kita akan melihat bagaimana teknologi robotik digunakan bagi mengajar pelajar di dalam universiti pula. Di  Universiti Jiujiang yang terletak di provinsi Jianxi sebuah pensyarah robot digunakan untuk mengajar di dalam kelas. Xiaomei ialah robot yang dihasilkan sendiri oleh universiti ini kelihatan seperti watak anime wanita. Ia mengajar berdasarkan fail Powerpoint yang dimuat naik ke dalam memorinya. Ia juga mampu bercakap, menggerakkan tangan ketika bersyarah dan berinteraksi secara terhad dengan anak murid.

4d93b5e561984455ac76f9eb293207d3

Penggunaan robot untuk mengajar bukanlah perkara baru. Pada tahun 2010 beberapa robot diuji di Korea Selatan bagi mengajar kanak-kanak sekolah rendah mata pelajaran bahasa Inggeris. Secara peribadi kami rasakan teknologi robotik dan kepintaran buatan (A.I) yang ada sekarang masih belum mampu menghasilkan tenaga pengajar robotik. Eksperimen ini memang menarik tetapi kami boleh bayangkan pelajar keluar daripada kelas selepas menandatangani kertas kehadiran. Pensyarah robot tidak mampu menghalang mereka dari ponteng kelas seperti pensyarah manusia.

09835f97452343a1b35226b1337014af

Komen