Cari @ Amanz

God of War merupakan salah satu permainan popular pada konsol PlayStation 3, dan kini Sony Computer Entertainment secara rasminya mengumumkan mereka turut akan menawarkan edisi “Remastered” untuk PlayStation 4. Untuk pasaran tempatan, permainan berkenaan akan ditawarkan bermula 14 Julai kelak.

Melalui versi Remastered, permainan God of War 3 untuk PlayStation 4 ini membawakan paparan pada resolusi 1080p dengan kadar 60fps, selain membawakan grafik permainan yang menarik kepada pengguna.

God of War 3 PS4

Bagi yang tidak mengenali akan permainan ini, ia akan memerlukan pemain bermain berasaskan kepada mitos Greek, dimana pengguna akan memainkan watak Kratos. Dengan senjata dan kuasa magis, Kratos akan menentang pelbagai musuh dalam misi menghancurkan Olympus.

Sony turut akan memulakan pra-tempahan untuk permainan ini bermula 12 Jun sehingga 10 Julai kelak. Mereka yang membuat pra-tempahan akan menerima baju-T percuma, serta Microfibre Towel edisi khas bersempena God of War 3.

Untuk pasaran Malaysia, permainan ini akan ditawarkan pada harga RM119 (bagi edisi cakera), dan RM99 untuk versi muat-turun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd