Microsoft Meneruskan Penjenamaan Semula Kedai Nokia – Kedai Microsoft Kelima Akan Dibuka Di The Curve

Microsoft Meneruskan Penjenamaan Semula Kedai Nokia – Kedai Microsoft Kelima Akan Dibuka Di The Curve

Diterbitkan pada June 4, 2015 oleh .

Microsoft sejak daripada bulan lepas telah mula mengubah-suai satu demi satu kedai Nokia sebelum ini kepada kedai Microsoft atau dikenali sebagai “Microsoft Authorized Reseller. Selepas membuka di empat lokasi sekitar Lembah Klang sebelum ini, hari ini Microsoft Malaysia berkongsi mengatakan kedai kelima akan dibuka pada penghujung minggu ini.

Microsoft Store

Lokasi kelima yang dipilih adalah di The Curve, dan seperti pada lokasi lain, Microsoft turut akan menawarkan beberapa promosi khusus, termasuk untuk pembelian Lumia dan juga Surface.

Melalui kedai Microsoft ini, mereka menyediakan pengalaman penggunaan pelbagai produk Microsoft – bukan setakat Lumia dan Surface sahaja, tetapi turut meliputi perisian seperti OneNote, Office 365 dan juga Windows.


TIPS & ULASAN