Carian
Digi Menambah Penawaran Rangkaian 4G LTE Di Johor Bahru
June 4, 2015 Aman

Digi baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian LTE mereka di Sabah dan Sarawak. Kini, selain daripada dua negeri tersebut, dan juga penawaran rangkaian 4G LTE di Kuala Lumpur, pihak Digi turut memperluaskan penawaran rangkaian berkelajuan tinggi mereka di Johor Bahru.

Digi 4G LTE

Melalui rangkaian 4G LTE ini, ia membawakan kelajuan internet antara 3 ke lima kali ganda lebih pantas berbanding dengan rangkaian 3G sedia ada. Ini membolehkan pengguna menikmati rangkaian internet dengan lebih pantas berbanding kebiasaan – termasuk ketika menonton video.

Bercakap mengenai perancangan mereka, Digi mengatakan menjelang penghujung 2015 ini, pelanggan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh menikmati rangkaian LTE mereka – dan ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Buat masa ini, rangkaian 4G LTE daripada Digi ditawarkan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Kampar, Langkawi dan juga Port Dickson.

Komen