Semalam kita telah melihat ketirisan gambar untuk Galaxy S6 Active daripada Samsung yang mana membawakan rekaan kalis air dan debu. Nampaknya, selain daripada versi Active, Samsung juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan beberapa lagi variasi peranti dibawah keluarga Galaxy S6 – iaitu versi mini dan juga versi berskrin besar.
Masing-masing dinamakan sebagai Galaxy S6 Mini dan juga Galaxy S6 Plus dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.
Galaxy S6 Mini bakal membawakan spesifikasi yang sedikit rendah dengan skrin bersaiz 4.6-inci. Ia turut dijangka membawakan kamera belakang 15-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel serta memori 2GB RAM.
Disamping itu, menarik perhatian adalah Samsung dikatakan turut akan memperkenalkan variasi Galaxy S6 Plus dengan skrin bersaiz 5.5-inci – serta mungkin membawakan rekaan dwi-skrin pada bahagian tepi seperti Galaxy S6 Edge. Tiada stylus akan disertakan memandangkan ia lebih ditujukan kepada keluarga Galaxy Note.
Seperti biasa, ini hanya desas-desus sahaja, dan tiada kepastian lagi sama ada peranti ini akan diperkenalkan secara rasminya ataupun sebaliknya.