Apple Watch Akan Ditawarkan Di Singapura Bermula 26 Jun

Apple Watch Akan Ditawarkan Di Singapura Bermula 26 Jun

Diterbitkan pada June 5, 2015 oleh .

Apple telah mula menawarkan jam tangan pintar mereka di beberapa buah negara, dan kini mereka akan memperluaskan penawarannya kepada tujuh lagi negara baru pada bulan Jun ini. Salah satu negara yang turut tersenarai pada pengenalan untuk fasa kedua ini adalah negara jiran terdekat kita, Singapura.

Apple Watch

Apple Watch

Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple khusus untuk pengguna platform iOS. Ia hadir dengan beberapa ciri-ciri khusus seperti menjawab panggilan, integrasi Siri, kebolehan melihat notifikasi dan sebagainya. Apple Watch hadir dalam pelbagai variasi dan dua saiz skrin yang berbeza.

Di Singapura, ia akan ditawarkan melalui Apple Online Store, selain beberapa kedai pengedar terpilih. Dengan pelancaran ia di Singapura, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak unit memasuki pasaran tempatan secara tidak rasmi sementara menantikan pelancaran dan pengenalan rasmi Apple di Malaysia.


TIPS & ULASAN