LINE Memperkenalkan Aplikasi Popcorn Buzz – Memfokuskan Kepada Panggilan Berkumpulan Sehingga 200 Orang

LINE Memperkenalkan Aplikasi Popcorn Buzz – Memfokuskan Kepada Panggilan Berkumpulan Sehingga 200 Orang

Diterbitkan pada June 5, 2015 oleh .

LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan popular di rantau Asia, termasuk Malaysia. LINE pada aplikasi mereka sedia menawarkan sokongan panggilan suara, dan kini mereka turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Popcorn Buzz.

Melalui Popcorn Buzz, pihak LINE memfokuskan kepada sokongan panggilan berkumpulan. LINE mengatakan ia menyokong penyertaan sehingga 200 orang pada sesuatu masa, sekaligus menjadikan ia sesuai untuk digunakan pada peringkat perusahaan, mahupun dikalangan rakan-rakan serta ahli-keluarga.

LINE Popcorn Buzz

Untuk menjemput rakan menyertainya juga agak mudah, dimana ia boleh dilakukan dengan menghantar pautan khusus, ataupun menjemput rakan-rakan pada perkhidmatan LINE. LINE turut menekankan melalui Popcorn Buzz ini, pengguna boleh melihat siapakah yang sedang bercakap dan mengelak daripada menganggu ketika orang lain sedang bercakap.

LINE Popcorn Buzz menggunakan data untuk beroperasi, dan mereka mencadangkan untuk menghubungkan ke rangkaian WiFi untuk menikmati kualiti panggilan yang baik.

LINE Popcorn Buzz hanya ditawarkan untuk Android sahaja buat masa ini, dan versi iOS dijangka hadir tidak lama lagi.

Muat-Turun LINE Popcorn Buzz untuk Android


TIPS & ULASAN