Cari @ Amanz

Lebih kurang beberapa bulan yang lepas, Facebook telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus yang ditujukan kepada para pengguna di negara-negara membangun, dinamakan Facebook Lite. Kini, selepas melalui fasa percubaan awal, Facebook dilihat memperluaskan penawaran aplikasi berkenaan, dan kini turut sedia dimuat-turun para pengguna di Malaysia.

Facebook Lite merupakan sebuah aplikasi Android yang menawarkan fungsi asas Facebook, berfungsi dengan lebih ringan, dan membawakan saiz aplikasi kurang daripada 1MB.

Facebook dilihat menujukan aplikasi ini untuk negara-negara membangun, dimana kebiasaannya pengguna tidak mempunyai akses internet yang pantas atau data yang banyak, selain menggunakan telefon pintar dengan storan terbina bersaiz kecil. Melalui Facebook Lite ini, ia membawakan paparan gambar pada resolusi rendah, dan turut boleh berfungsi dengan lancar pada kelajuan data rendah – sebagai contoh menggunakan #Hotlink atau MagicSim yang menawarkan akses internet percuma pada kelajuan 64kbps.

Bagi para pengguna peranti Android, dan sering menggunakan Facebook, anda mungkin boleh memuat-turun Facebook Lite hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

Facebook Lite

Facebook Lite

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd