Kerajaan Johor Bakal Menawarkan WiFi Percuma – 100 Hotspot Dijangka Tersedia Menjelang Penghujung 2015

Diterbitkan pada Jun 5, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, sambungan rangkaian internet telah menjadi salah satu keperluan ramai – terutamanya dalam terus kekal berhubung, selain turut mendapatkan pelbagai informasi semasa dengan pantas. Beberapa kerajaan negeri di Malaysia menawarkan WiFi percuma untuk penduduk dan pelancong di negeri mereka, dan kini Johor bakal melakukan perkara sama.

Kerajaan Johor kini dalam usaha untuk membuat kajian berkenaan penawaran WiFi percuma di beberapa lokasi utama sekitar negeri berkenaan, dan merancang untuk menyediakan lebih kurang 100 hot spot menjelang penghujung tahun ini.

Lokasi untuk hotspot berkenaan akan dipilih berdasarkan kepada cadangan kerajaan tempatan, dan antara lokasi yang akan dipilih adalah termasuk terminal bas, lokasi kunjungan ramai, kawasan rumah mampu-milik, Dataran MBJB, dan juga Merdeka Park.

Kelajuan yang akan ditawarkan tidak diumumkan, tetapi kerajaan Johor menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan Wifi berkualiti tinggi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami