Google pada Google I/O yang lepas telah memperkenalkan fungsi Now On Tap, dimana membolehkan pengguna menggunakan sokongan carian pintar Google Now pada sebarang aplikasi. Dengan konsep lebih kurang sama, hari ini Google memperkenalkan fungsi Touch To Search bagi pengguna Chrome untuk Android.
Untuk menggunakannya, para pengguna perlu menggunakan Google Chrome, dan hanya perlu tap pada sebarang perkataan yang ingin anda melakukan carian. Google seterusnya akan memperlihatkan sebuah popup kecil pada bahagian bawah skrin, dan apabila pengguna tap padanya, ia akan memaparkan carian berbentuk Google Now – semuanya didalam Chrome tanpa menganggu pelayaran web anda.
Fungsi ini agak menarik dan memudahkan lagi pengguna membuat carian, terutamanya tanpa perlu meninggalkan halaman yang sedang di layari.
Fungsi Touch To Search ini diperkenalkan secara berperingkat, dan boleh diakses oleh anda yang menggunakan Google Chrome pada Android.
- Muat-Turun Chrome untuk Android