Quanta Compute Plug – Komputer Mini Berasaskan Windows 10 Dalam Bentuk Palam Kuasa

Quanta Compute Plug – Komputer Mini Berasaskan Windows 10 Dalam Bentuk Palam Kuasa

Diterbitkan pada June 5, 2015 oleh .

Pada tahun ini, kita menyaksikan beberapa jenis mini PC baru hadir, terutamanya dengan rekabentuk seumpama modem jalur-lebar mudah-alih – seperti Intel Compute Stick, ataupun Asus Pen Stick. Nampaknya, bukan rekaan begitu sahaja yang kita dapat lihat di pasaran, dimana terkini sebuah lagi mini PC baru diumumkan dengan rekaan palam kuasa.

Ia hadir seperti adapter biasa, dimana pengguna boleh menghubungkan ia kepada sebarang palam kuasa sedia ada, dan seterusnya menghubungkan ia kepada skrin televisyen melalui sambungan HDMI. Dikenali sebagai Quanta Compute Plug, ia seterusnya akan mengubah televisyen berkenaan kepada sebuah komputer.

Quanta Compute Plug

Quanta Compute Plug ini juga turut hadir dengan dua ruangan USB 3.0 untuk membolehkan pengguna menghubungkan ruangan storan, ataupun papan kekunci kepadanya. Disamping itu, sokongan seperti Bluetooth turut hadir terbina padanya. Microsoft turut mengatakan pengguna boleh menghubungkan ia kepada headset berasaskan Bluetooth, dan kemudian membuat kawalan pintar menggunakan sokongan arahan suara Cortana.

Harga jualan Quanta Compute Plug ini tidak diketahui lagi. Tetapi apa yang pasti, dengan Windows 10, kita mungkin akan dapat melihat pelbagai jenis rekaan PC bersaiz mini hadir ke pasaran.


TIPS & ULASAN