Samsung Mempatenkan Sistem Mengeluarkan Stylus Dengan Kawalan Suara

Samsung Mempatenkan Sistem Mengeluarkan Stylus Dengan Kawalan Suara

Diterbitkan pada June 5, 2015 oleh .

Samsung mempunyai banyak paten yang berinovasi dan berteknologi terkini seperti peranti dua skrin melengkung. Kini mereka memfailkan sebuah lagi paten untuk fungsi unik peranti yang mempunyai stylus terbina. Paten terkini ini membolehkan stylus yang tersimpan di dalam tubuh peranti (seperti Galaxy Note misalnya) untuk dikeluarkan secara automatik dengan menggunakan kawalan suara. Stylus ditolak keluar menggunakan sistem elektromagnet.  Jika paten ini menjadi realiti keperluan untuk mencungkil keluar stylus dari tempat penyimpanannya akan menjadi perkara silam. Pada waktu yang sama aplikasi yang akan digunakan bersama stylus boleh dilancarkan serentak dengan kawalan suara.

Tidak diketahui adakah ini akan menjadi realiti pada Samsung Galaxy Note 5 kelak. Jika anda ingat paten untuk skrin sisi dipatenkan oleh Samsung setahun sebelum ianya menjadi realiti pada Galaxy Note Edge. Mungkin fungsi stylus terkeluar secara automatik ini akan wujud pada Galaxy Note 6. Sama-samalah kita nantikan.

Samsung-Stylus

 


TIPS & ULASAN