HP Spectre x360 Hadir Ke Malaysia – Dipasarkan Bermula RM3999

HP Spectre x360 Hadir Ke Malaysia – Dipasarkan Bermula RM3999

Diterbitkan pada June 5, 2015 oleh .

Hewlett-Packard pada bulan Februari yang lepas telah memperkenalkan salah satu komputer riba terbaru mereka dengan rekaan premium dan kebolehan boleh diputarkan 360-darjah dinamakan sebagai HP Spectre x360. Kini, selang hampir empat bulan, komputer riba berkenaan akhirnya turut telah mula ditawarkan untuk pengguna tempatan.

HP Spectre x360 ini hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci, dijana menggunakan cip Intel Core i5 (dan keatas), serta memori 8GB RAM. Ia menggunakan ruangan storan berasaskan SSD bermula daripada saiz 128GB.

Menjadi fokus utama pada komputer riba ini adalah rekaannya yang premium dan diberi perhatian yang tinggi. HP turut menyertakan sokongan skrin sentuh pada komputer riba ini, selain pelbagai port utama seperti HDMI dan sebagainya.

HP Spectre x360

HP Spectre x360

HP Spectre x360

HP mengatakan komputer riba ini mampu bertahan penggunaannya selama sehingga 12.5-jam untuk penggunaan biasa, dan sesuai untuk mereka yang sering bertugas di luar pejabat.

Selain versi asas yang dijual pada harga RM3999, pihak HP turut menawarkan versi pertengahan dengan cip Intel Core i7 dan 256GB SSD pada harga RM4999, selain versi Intel Core i7 dengan storan 512GB SSD pada harga RM5999.

HP Spectre x360

HP Spectre x360

HP Spectre x360

HP Spectre x360


TIPS & ULASAN