Lycos – Bekas Portal Web Popular Kini Hadir Dengan Peranti Boleh-Pakai

Lycos – Bekas Portal Web Popular Kini Hadir Dengan Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada June 6, 2015 oleh .

Lycos LifeBagi anda yang menggunakan akses internet sejak era dial-up mungkin mengenali akan salah satu web popular ketika itu, iaitu Lycos. Ia merupakan salah satu syarikat memfokuskan carian dan portal web yang beroperasi sejak tahun 1994 lepas. Agak mengejutkan kerana ia masih beroperasi, dan menariknya kini mereka turut hadir dengan peranti boleh-pakai.

Peranti boleh-pakai mereka ini dijenamakan dibawah jenama LYCOS Life, dan untuk pengenalan mereka memperkenalkan gelang tangan pintar dan juga cincin pintar dibawah jenama berkenaan. Seperti kebanyakkan peranti boleh-pakai lain, peranti daripada Lycos ini juga akan membolehkan anda memantau aktiviti harian anda, melihat notifikasi daripada aplikasi, selain melihat panggilan yang diterima ke telefon.

Lycos juga mengatakan pengguna boleh log masuk ke aplikasi dan web kegemaran pada telefon dengan lebih mudah apabila menggunakannya tanpa perlu memasukkan kata laluan. Disamping itu, aplikasi Lycos Life juga memudahkan penghantaran data, seperti kad nama digital atau berkongsi alamat dan sebagainya.

Lycos akan memasarkan gelang tangan dan cincin pintar mereka di Amerika Syarikat dan India tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN