Video Penggunaan Dan Fungsi Steam Controller Diperlihatkan
Artikel Berkaitan

Video Penggunaan Dan Fungsi Steam Controller Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 6, 2015 oleh .

Valve akhirnya memeprlihatkan video penggunaan Steam Controller yang digunakan dengan Steam Box keluaran mereka. Di dalam video ini Steam mendakwa pengawal permainan mereka menggabungkan kesenangan pengawal ala konsol tetapi mengekalkan kemampuan seakan menggunakan kombinasi tetikus dan papan kekunci. Steam Controller mempunyai sokongan timbal balas haptik dan konfigurasi butang yang boleh dikustomasi oleh pengguna tanpa had. Anda boleh memuat turun konfigurasi terbaik untuk sesebuah permainan terus daripada Steam.

Sebagai seorang pemain konsol tegar kami akui rekaan Steam Controller ini nampak menarik dengan pad sesentuh untuk ibu jari kanan. Persoalannya adakah pemain PC tegar boleh menerima dakwaan bahawa ia boleh menggantikan tetikus serta papan kekunci?


TIPS & ULASAN