SoundScoopZ : Mengubah Kemampuan Audio Televisyen LED Anda Dengan Mudah

SoundScoopZ : Mengubah Kemampuan Audio Televisyen LED Anda Dengan Mudah

Diterbitkan pada June 8, 2015 oleh .

TV LED yang ada di pasaran sekarang memaparkan kualiti visual yang jauh lebih baik berbanding televisyen CRT yang pernah kami gunakan semasa kecil. Skrinnya juga adalah jauh lebih besar. Tetapi jika ada satu kelemahan TV LED yang kami sedari ialah kemampuan audio yang kurang memberangsangkan. TV CRT zaman dahulu kebanyakannya mempunyai pembesar suara yang menghala ke depan. Suara lebih kuat dan jelas berbanding TV LED sekarang yang majoritinya mempunyai pembesar suara yang menghala ke bawah. Ini adalah kerana dari segi estetik meletakkan pembesar suara pada sisi TV seperti televisyen CRT adalah kurang menarik untuk TV LED.

SoundScoopZ

Oleh itu SoundScoopZ dicipta. Ianya idea yang murah dan bijak bagi menyelesaikan masalah kemampuan bunyi TV LED sedia ada. Ia dua plastik melengkung yang hanya perlu dipasang pada belakang pembesar suara TV LED anda. Ia akan memantulkan bunyi yang menghala ke bawah terus ke depan. SoundScoopZ dijual pada harga $19 sebuah. Sebenarnya jika anda rajin ia boleh dihasilkan sendiri oleh anda di rumah dengan menggunakan kadbod.


TIPS & ULASAN