Konami Memperkenalkan Permainan Simulasi Pengurusan Kelab Bola Sepak – PES Club Manager Untuk Android Dan iOS

Konami Memperkenalkan Permainan Simulasi Pengurusan Kelab Bola Sepak – PES Club Manager Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada June 6, 2015 oleh .

Konami sedia terkenal dengan permainan bola sepak mereka – PES (Pro-Evolution Soccer). Terkini, mereka memperluaskan penawaran tersebut dan telah pun melancarkan permainan PES Club Manager untuk pengguna peranti Android dan iOS di seluruh dunia.

Melalui permainan simulasi pengurusan kelab bola sepak ini, pengguna boleh membangunkan kelab mereka tersendiri, dan seterusnya bersaing dengan pelbagai kelab bola sepak yang lain. Seperti biasa, taktik berbeza perlu digunakan untuk memenangi sesuatu permainan, selain memilih pemain yang berkelayakkan dan sebagainya. Pemain juga perlu dilatih dari masa ke semasa untuk menambah skill mereka.

PES Club Manager

PES Club Manager

PES Club Manager turut menggunakan enjin 3D tersendiri da terkemuka mereka dalam memaparkan permainan dan grafik pada PES Club Manager ini.

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan juga iOS, tetapi seperti biasa – hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Muat-Turun PES Clob Manager untuk iOS

Muat-Turun PES Club Manager untuk Android


TIPS & ULASAN