Google Photos Untuk Desktop – Memudahkan Anda Memuat-Naik Gambar Daripada Desktop

Google Photos Untuk Desktop – Memudahkan Anda Memuat-Naik Gambar Daripada Desktop

Diterbitkan pada June 6, 2015 oleh .

Google telah memperkenalkan Google Photos secara rasmi lebih kurang dua minggu yang lepas, dimana melaluinya gergasi internet berkenaan menawarkan aplikasi khusus untuk pengurusan gambar melalui aplikasi Android, iOS dan juga web. Selain ketiga-tiga pilihan berkenaan, Google juga turut menyediakan perisian khusus untuk desktop dalam memudahkan urusan muat-naik gambar.

Google Photos merupakan perkhidmatan menyimpan gambar di awan, dan ia turut mengkategorikan gambar mengikut wajah secara automatik, selain hadir dengan koleksi gambar mengikut lokasi dan masa secara automatik. Pengguna turut boleh menatalnya ke bawah dan ia menyusun gambar mengikut tarikh.

Google Photos Desktop

Google Photos Desktop

Melalui Google Photos untuk desktop, pengguna boleh memuat-naik gambar daripada kamera digital dan sebagainya dengan lebih mudah berbanding dengan memuat-naiknya menggunakan versi web.

Bagi pengguna yang gemar merakamkan gambar menggunakan kamera digital dan ingin menyimpan koleksi pada awan, mungkin perisian ini sangat berguna. Apa pun, Google Photos tidak menyediakan sokongan untuk melihat paparan, dan lebih memfokuskan kepada memuat-naik gambar sahaja pada versi desktop ini.

Muat-Turun Google Photos untuk Desktop


TIPS & ULASAN