Cari @ Amanz

HTC agak menghadapi masalah dalam penjualan peranti mereka dengan pengenalan HTC One M9 tempoh hari, memandangkan ramai pengguna tidak dapat melihat apakah perkara baru yang dibawakan, selain penawaran rakaman gambar yang kurang baik berbanding pesaing terdekat mereka – Samsung Galaxy S6. Kini, dengan keadaan kewangan yang agak lemah, HTC mengumumkan mereka akan hadir dengan produk “Hero” baru pada bulan Oktober kelak.

HTC pada tahun ini telah mula memfokuskan kepada beberapa arena lain, termasuk penyertaan kepada gelang tangan pintar, selain turut mengumumkan kerjasama dengan Valve untuk peranti realiti-maya.

HTC 2015

Ketika menemmui kami pada bulan Februari yang lepas, HTC telah mengatakan mereka akan hadir dengan sebuah peranti memfokuskan kepada rumah pintar – berkemungkinan lebih kurang seperti Nest. Tetapi ia tidak diketahui sama ada produk “Hero” yang dikatakan ini adalah peranti untuk rumah pintar berkenaan ataupun sebaliknya.

Disamping itu, pada acara yang sama juga, HTC mengatakan mereka akan hadir dengan rekaan peranti baru selain menyertakan pelbagai inovasi baru pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd