Radical Rappelling – Satu Lagi Permainan Menarik Daripada Pembangun Fruit Ninja

Radical Rappelling – Satu Lagi Permainan Menarik Daripada Pembangun Fruit Ninja

Diterbitkan pada June 7, 2015 oleh .

Halfbrick Studio merupakan salah satu pembangun permainan popular, dimana sebelum ini mereka telah hadir dengan permainan Jetpack Joyride dan juga Fruit Ninja. Terkini, salah satu permainan terbaru mereka adalah Radical Rapelling.yang mana ditawarkan untuk para pengguna peranti iPhone dan juga Android.

Radical Rappelling

Radical Rapelling mengambil latar di pergunungan, dimana pemain perlu mengawal watak yang ingin turun daripada gunung. Pemain mengawalnya dengan tap pada skrin, dimana mereka perlu mengelak daripada beberapa halangan selain pada masa yang sama mengumpul mata dan mengejar masa.

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk ringkas dan kasual, Radical Rapelling ini mungkin diminati anda. Permainan ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna Android dan iOS – serta seperti biasa menawarkan pembelian dalam aplikasi.

Muat-Turun Radical Rappelling untuk Android

Muat-Turun Radical Rappelling untuk iPhone


TIPS & ULASAN