Cari @ Amanz

Microsoft telah memperkenalkan sedikit demi sedikit fungsi baru yang akan hadir pada Windows 10 kelak. Tetapi bagaimana pula dengan fungsi yang tidak akan disertakan. Melalui halaman khusus, Microsoft berkongsi mengenai beberapa fungsi yang terdapat pada Window sebelum ini yang tidak akan hadir pada Windows 10.

Antara perkara yang akan dibuang adalah termasuk:


Windows Media Center akan dibuang – Microsoft akan membuang Windows Media Center pada Windows 10, dan bagi anda yang membuat naik-taraf daripada Windows 7 atau Windows 8, ia bakal dibuang ketika proses naik-taraf.

Menonton DVD akan memerlukan perisian tambahan. – Tetapi memandangkan sejumlah besar pengguna Windows menggunakan perisian VLC Media Player, maka perkara ini mungkin tidak memberikan impak yang besar.

Tiada lagi sokongan Windows 7 Desktop Gadget.

Sejumlah permainan Windows 7 akan dibuang – Termasuk permainan Solitaire, Minesweeper, dna juga Hearts Games. Sebagai alternatif, pengguna boleh mendapatkan versi Microsoft Solitaire Collection.

Penggunaan USB Floppy Drive memerlukan driver tambahan – Boleh dimuat-turun daripada Windows Update atau daripada laman pengeluar perkakasan berkenaan.

Aplikasi OneDrive pada Windows Live Essenstials akan dibuang – dan digantikan dengan versi OneDrive baru yang ditawarkan berasingan.


Disamping itu, Microsoft juga turut berkongsi mengatakan Cortana tidak akan ditawarkan untuk pengguna seluruh dunia – termasuk Malaysia ketika pengenalan, sebaliknya hanya terhad untuk beberapa pasaran sahaja.

Microsoft bakal memperkenalkan Windows 10 kelak pada 29 Julai ini, dimana ia akan ditawarkan secara percuma untuk Windows 7 dan juga Windows 8 sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd