Cari @ Amanz

Menjadi igauan ramai pengguna komputer adalah apabila menghubungkan sebarang pemacu USB daripada pengguna lain dan risau akan ia dijangkiti sebarang malware dan sebagainya. Terdapat beberapa perisian yang menawarkan perlindungan daripada ancaraman malware yang hadir dariapda pemacu USB, dan salah satu yang percuma adalah Shiela USB Shield.

Shiela USB Shield ditawarkan dalam bentuk perisian yang bersaiz kecil, tetapi memerlukan ia dipasang pada komputer. Sebaik sahaja ia selesai dipasang, perisian tersebut akan berjalan pada Taskbar komputer anda, dan boleh ditetapkan supaya turut dijalankan ketika komputer dimulakan.

Shiela USB Shield

Perisian ini juga mengelakkan daripada fail autorun.inf berjalan dan pada masa yang sama mengelak sebarang fail berbentuk malware dijalankan. Fail yang terjejas disebabkan oleh virus juga boleh dikembalikan ke bentuk yang asal, selain turut hadir dengan kebolehan untuk memaparkan sebarang fail dan folder yang tersembunyi.

Bagi anda yang menggunakan sebarang perisian antivirus, sokongan seperti ini mungkin hadir terbina dan menawarkan ciri-ciri yang lebih kurang sama. Tetapi bagi anda yang inginkan sebarang perlindungan tambahan, mungkin perisian percuma Shiela USB Shield ini boleh membantu anda.

Shiela USB Shield

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows 2000 dan terkini boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian ini pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd