Sony SmartBand Baru Tertiris – Bakal Hadir Dengan Sensor Kadar Denyutan Jantung

Sony SmartBand Baru Tertiris – Bakal Hadir Dengan Sensor Kadar Denyutan Jantung

Diterbitkan pada June 8, 2015 oleh .

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan Smartband yang mana membolehkan pengguna memantau pelbagai perkara, termasuk gerakan langkah perjalanan, memantau aktiviti tidur, dan beberapa perkara lain. Kini, Sony dilihat bakal hadir dengan versi baru peranti berkenaan tidak lama lagi.

Sony Smartband 2015

Versi baru untuk Sony SmartBand ini juga dijangka akan hadir dengan sokongan sensor memantau kadar denyutan jantung – dan mungkin akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang aktif bersukan. Selain itu, SmartBand 2 juga akan hadir dengan fungsi “Smart Wake” untuk mengejutkan anda daripada bangun pada waktu yang optimum.

Sony pada tahun ini boleh dikatakan agak kurang aktif dalam mempromosikan peranti mereka – apatah lagi dengan pengumuman Xperia Z4 (Xperia 3+) yang diadakan secara mengejut dan tidak begitu banyak pemasaran dilakukan untuknya. Tetapi, mereka masih bergiat memasarkan beberapa produk lain termasuk Xperia C4 dan juga Xperia Z4 Tablet yang telah diumumkan beberapa bulan lepas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah SmartBand 2 akan diumumkan secara rasmi. Mungkin Sony akan mengumumkannya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN