Carian
WeChat Untuk Windows Kini Ditawarkan Dalam Bahasa Inggeris – Menyertakan Beberapa Fungsi Baru
June 8, 2015 Aman

WeChat pada awal tahun ini telah memperkenalkan sebuah perisian desktop untuk Windows, membolehkan para pengguna WeChat untuk berinteraksi dengan rakan-rakan WeChat lain terus daripada desktop. Tetapi, ketika pengenalan ia hanya terhad ditawarkan dalam bahasa Cina sahaja, sekaligus menyukarkan untuk pengguna global menggunakannya.

Terkini, untuk menarik lebih ramai menggunakan perisian tersebut, pihak WeChat turut menambah sokongan bahasa Inggeris untuk WeChat Desktop ini.

WeChat Windows

Selain berinteraksi dengan rakan-rakan lain menggunakan perisian WeChat ini, versi terbaru ini juga memudahkan lagi anda berkongsi fail antara pengguna WeChat, selain turut membolehkan anda memadamkan sesuatu mesej yang tersalah hantar menggunakan fungsi Message Recall.

Pihak WeChat turut mengintegrasikan sokongan untuk tag nama pengguna lain pada mesej ketika berada dalam permesejan berkumpulan.

Bagi anda yang menggunakan komputer Windows, dan kerap menggunakan perkhidmatan WeChat, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian yang ditawarkan percuma ini.

Komen