Samsung Galaxy E7 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1099

Samsung Galaxy E7 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1099

Diterbitkan pada June 8, 2015 oleh .

Samsung telah mengumumkan Galaxy E7 pada awal Januari 2015 yang lepas, dan kini, peranti tersebut turut telah mula ditawarkan di Malaysia. Peranti bersaiz 5.5-inci dengan skrin Super AMOLED ini dipasarkan di Malaysia pada harga RM1099.

Samsung Galaxy E7

Samsung Galaxy E7

Galaxy E7 ini hadir dengan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori 2GB RAM, serta ruangan storan 16GB. Untuk tujuan rakaman gambar, Galaxy E7 ini hadir dengan kamera belakang 13-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel.

Galaxy E7 ini hadir dengan rekaan yang agak menarik, serta beberapa fungsi khusus daripada Samsung – termasuk antaranya adalah fungsi rakaman Wide-Angle Selfie, dan juga fungsi Power Saving Mode.

Buat masa ini, Samsung Malaysia hanya sekadar mengumumkan Galaxy E7 sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah variasi Galaxy E5 akan hadir ke pasaran tempatan.

Samsung Galaxy E7


TIPS & ULASAN