Fallout 4 Sudah Boleh Di Pra Pesan Melalui Steam
Artikel Berkaitan

Fallout 4 Sudah Boleh Di Pra Pesan Melalui Steam

Diterbitkan pada June 8, 2015 oleh .

Tarikh bilakah ia akan mula dijual dan apakah spesifikasi PC yang mampu memainkannya masih belum diketahui. Tetapi ini tidak menghalang Valve dari membuka pra pesanan untuk Fallout 4 melalui laman Steam. Kepada yang berminat permainan RPG yang dinantikan ini dijual pada harga RM 199 sekarang.  Maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini dijangka akan diumumkan pada E3 yang akan berlangsung 16 sehingga 18 Jun ini.  Mungkin selepas acara ini kita akan mengetahui apakah bonus yang bakal diterima sekiranya pra pesanan dilakukan.

Adakah anda masih teruja? Adakah anda akan melakukan pra pesanan seperti kami?

Fallout 4

 


TIPS & ULASAN