Pembangun UC Browser Hadir Dengan Aplikasi Pengoptimasi Memori Dan Storan – UC Cleaner

Pembangun UC Browser Hadir Dengan Aplikasi Pengoptimasi Memori Dan Storan – UC Cleaner

Diterbitkan pada June 8, 2015 oleh .

Aplikasi pengoptimasian untuk memori dan ruangan storan bukan sesuatu yang baru, malah sejumlah peranti di pasaran, termasuk Galaxy S6 terbaru telah mengintegrasikan ia secara terbina. Tetapi, perkara tersebut tidak menghentikan pembangun lain dengan kekal hadir dan menawarkan aplikasi yang serupa. Terkini, pembangun pelayar web mudah-alih terkenal, UC Browser turut hadir dengan sebuah aplikasi pengoptimasi memori dan storan, dinamakan sebagai UC Cleaner.

UC Cleaner Android

Menggunakan aplikasi UC Cleaner untuk Android ini, pengguna boleh membuang pelbagai data yang tidak dikehendaki pada peranti mereka – terutamanya , selain mengosongkan penggunaan memori. Pengguna juga turut boleh mengimbas peranti untuk melihat fail APK yang tertinggal dan membuangnya melalui aplikasi ini.

Pihak UC Web turut menekankan saiz penawaran aplikasi UC Cleaner ini adalah bersaiz kecil – hanya sekitar 1.5MB sahaja.

UC Cleaner ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, dan anda yang berminat boleh memuat-turun dan menggunakannya pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun UC Cleaner untuk Android


TIPS & ULASAN