Cari @ Amanz

Sony Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan untuk acara pelancaran beberapa peranti mudah-alih untuk pasaran Malaysia, dimana mereka mengatakan akan melancarkan Xperia M4 Aqua, Xperia C4 dan juga sebuah peranti flagship – berkemungkinan adalah Xperia Z4 Tablet.

Xperia Teaser

Xperia C4 merupakan telefon pintar yang telah diumumkan baru-baru ini oleh Sony, membawakan kamera hadapan 5-megapixel yang turut dilengkapi dengan sokongan Flash, selain lensa rakaman luas.

Xperia M4 Aqua pula merupakan peranti kalis-air daripada Sony, hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 615, menyokong rangkaian 4G LTE, serta menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Xperia Z4 Tablet pula merupakan tablet terbaru daripada Sony yang telah diperkenalkan pada bulan Februari lepas, hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan, selain turut menyertakan sistem operasi Android terbaru bersama-sama dengannya.

Harga jualan dan tarikh penawaran dijangka akan diumumkan pada 11 Jun ini, dan mungkin kita turut akan mendengar mengenai penawaran aksesori pada acara yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd